TAKLIMAT DAN MAJLIS PENYERAHAN HP YES ALTITUDE
Pada 5 Januari 2016 yang lalu, satu majlis ringkas telah diadakan bagi
menyerahkan Peranti YES ALTITUDE kepada guru-guru SKPR. Majlis itu telah disempurnakan oleh Guru Besar SK Paya Rumput, Sekolah Kluster Kecemerlangan iaitu Tn. Hj. Safie Bin Jaafar. Peranti ini diberikan kepada guru adalah selaras dengan amalan
pendidikan alaf baru. Guru-guru dapat mengakses FROG VLE mereka dengan
lebih mudah dan kreatif dengan menggunakan telefon pintar ini. Peranti
ini datang bersama Pakej Data 4G LTE 2GB dan Data Broadband 2GB sebulan
secara percuma. Data 4G LTE boleh diakses terus melalui peranti manakala
Data Broadband boleh diakses melalui peranti modem dengan menggunakan
ID VLE dan kata laluannya.
0 comments:
Post a Comment