SAMBUTAN HARI KANAK-KANAK 2016 PERINGKAT SEKOLAH
SK Paya Rumput, 12 Oktober 2016: Telah berlangsung Sambutan Hari Kanak-Kanak 2016 Peringkat Sekolah. Sambutan ini bertujuan memberi penghormatan dan pengiktirafan kepada kanak-kanak
dan mencetuskan kesedaran
kepada kita semua
bahawa masyarakat mempunyai
tanggungjawab untuk menentukan
perlindungan, kebajikan,
kesejahteraan serta hak-hak
mereka sentiasa dipelihara.
Selain dari itu, kita juga harus memastikan perkembangan kanak-kanak secara holistik dari
segi fizikal, kognitif, bahasa, sosio-emosi, sahsiah dan rohani serta melahirkan generasi
yang dinamik, progresif,
aktif, berdisiplin dan berinovasi. Selain dari itu, tanggungjawab kita juga bagi melahirkan bangsa
yang memiliki keperibadian terpuji,
cemerlang, berbakat serta berwibawa.
0 comments:
Post a Comment