Guru adalah individu yang cukup berjasa
yang tidak henti-henti mendidik anak bangsa yang terus menjadi pendukung
dan pemimpin kepada negara. Kami dari warga SK Paya Rumput ingin mengucapkan selamat Hari Guru kepada semua guru-guru SKPR dan juga kepada semua yang bergelar guru tidak kira di mana pun mereka berada.
16 Mei merupakan hari yang
cukup bermakna dan bersejarah bagi seorang guru di mana kita meraikan jasa dan pengorbanan mereka yang telah mendidik dan mengajar anak bangsa dengan penuh
kesabaran dan kasih sayang. Tugas guru kini semakin
hari semakin mencabar kerana inovasi dan kreativiti mereka amat
diperlukan supaya pembelajaran dan pengajaran dapat disampaikan dengan
berkesan kepada para pelajar. Jelas sekali, tanggungjawab sebagai guru
bukanlah perkara yang mudah.
“Terima
kasih untuk semua dedikasimu , terima kasih untuk semua pengorbananmu,
terima kasih untuk semua perhatianmu wahai guruku”
“Jasa-jasamu
begitu sangat mulia, kau adalah guru yang terbaik bagi kami sepanjang
masa. Nasihat dan juga bimbingan yang tulus darimu, akan selalu kami
kenang selama-lamanya”
0 comments:
Post a Comment