Nabi bersabda, "Solat lima waktu, Jumaat ke Jumaat,
Ramadhan ke Ramadhan, adalah penghapus dosa-dosa yang terjadi di antara waktu
tersebut jika dijauhi dosa-dosa besar.” (HR Muslim no: 233)
Nabi saw. bersabda, "Sesiapa sempat bertemu bulan
Ramadan dan tidak diampun dosanya, maka semakin jauhlah dia dengan Allah"
(HR Ibn Hibban)
Nabi saw. bersabda, "Telah datang kepadamu Ramadan,
bulan berkah, Allah mewajibkan kamu berpuasa, pada bulan ini pintu-pintu syurga
dibuka dan pintu-pintu Neraka ditutup, syaitan diikat, dan di dalamnya terdapat
malam yang lebih baik dari seribu bulan. (HR Imam Ahmad dan Imam Nasa’i)
Nabi saw. bersabda, "Apabila tiba bulan Ramadan maka
dibuka pintu-pintu rahmat." (HR Muslim)
Nabi saw. bersabda, “Sesiapa yang berpuasa pada bulan Ramadan
kerana iman dan ikhlas mengharapkan pahala dari Allah, maka dosanya yang lalu
akan diampun oleh Allah.” (HR Bukhari)
Nabi saw. bersabda, "Apabila datang bulan Ramadan,
kerjakanlah umrah kerana sesungguhnya umrah pada bulan Ramadan adalah menyamai
haji." (HR Bukhari)
Firman Allah, "Sesungguhnya Kami telah menurunkan
al-Quran ini pada malam al-Qadar. Apakah yang kebesaran yang terdapat pada
malam al-Qadar? Malam al-Qadar lebih baik daripada seribu bulan. Pada Malam
itu, para malaikat dan Jibril turun dengan izin Tuhan mereka kerana membawa
segala perkara yang ditakdirkan berlaku pada tahun berikutnya. Sejahteralah malam itu hingga terbit
fajar." (al-Qadr:1-5)
Nabi saw. bersabda, "Sesiapa bersolat pada malam
Ramadan dengan keimanan sebenar dan mengharapkan ganjaran daripada Allah, akan
diampun dosa-dosanya yang lalu." (HR Muslim)
sumber dari : http://lenggangkangkung-my.blogspot.com
0 comments:
Post a Comment