Setelah kita bercuti selama dua minggu sempena Cuti Pertengahan Penggal 1, maka pada Isnin, 13 Jun 2011 kita semua warga SMK Kulai Besar kembali ke sekolah. Justeru itu saya mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan selamat kembali bertugas kepada semua guru dan kakitangan serta selamat kembali belajar kepada semua murid.
Cuti yang agak lama (2 minggu) sudah tentu menjadikan catatan diari kita semakin panjang kerana banyak cerita....cerita panjang, cerita pendek, cerita berbingkai dan pelbagai genre lain yang telah kita lalui sepanjang cuti yang lalu. Walau bagaimana seronok, suka dan dukanya anda sepanjang cuti yang lalu, namun saya berharap semua murid sedar bahawa semalam adalah sejarah, hari ini ialah realiti dan esok adalah harapan dan terbentang masa depan anda yang belum pasti lagi. Oleh itu sama-samalah kita memantapkan persiapan kita untuk mengharungi esok tadi, khususnya dalam mempersiapkan diri dalam menghadapi peperiksaan UPSR dan peperiksaan akhir tahun.
0 comments:
Post a Comment