Waktu


SELAMAT KEMBALI KE SEKOLAH SESI 2019

| Friday |


Assalamualaikum wbt.

            2 Januari 2019 merupakan hari pertama persekolahan bagi murid-murid Tahun 1 di SK Paya Rumput, Sekolah Kluster Kecemerlangan ini. Selamat datang diucapkan kepada semua. Tidak lupa juga kepada pelajar-pelajar baru yang telah mendaftar di sekolah ini. Ibu bapa semestinya teruja dengan persiapan anak-anak untuk bersekolah. Pihak sekolah juga sangat berbesar hati menerima pelajar-pelajar baru dan sangat berharap agar pelajar-pelajar yang sedia ada boleh melakar seribu harapan untuk lebih cemerlang dan terbilang pada sesi 2019 ini.

            Tinggi harapan kami warga pendidik SK Paya Rumput, Sekolah Kluster Kecemerlangan untuk melihat anak-anak didik kami berjaya dunia dan akhirat. InsyaAllah 2019 ini bakal dipenuhi dengan pelbagai aktiviti bermanfaat kepada semua.

Semoga 2019 lebih gemilang!


0 comments:

Post a Comment

Pautan

Speed Test

Test your Internet connection speed at Speedtest.net

Followers