Waktu


PROGRAM TRANSISI PRASEKOLAH KE TAHUN 1

| Monday |




PROGRAM TRANSISI PRASEKOLAH KE TAHUN 1

         Program Transisi Prasekolah ke Tahun Satu merupakan satu program yang telah dirangka dengan tujuan untuk membantu kanak-kanak menghadapi perubahan diri dalam keadaan transisi dari pendidikan tidak formal sama ada di rumah ataupun di prasekolah ke pendidikan secara formal di Tahun Satu. Program ini dilaksanakan dalam tempoh 3 bulan. Adalah diharapkan kanak-kanak yang datang dari pelbagai latar belakang sosio ekonomi, persekitaran dan pengetahuan akan dapat menyesuaikan diri dan bersedia meneruskan pembelajaran secara formal..

          Program ini bertujuan agar murid-murid dapat menyesuaikan diri dengan persekitaran, guru-guru dan kawan-kawan baru dalam masa yang singkat. Guru-guru dapat menyelaraskan keperluan kognitif, emosi dan jasmani murid secara menyeluruh sebelum memulakan proses P & P secara formal. Ia juga dapat meningkatkan minat dan semangat murid untuk datang ke sekolah dengan gembira dan tanpa banyak masalah. Selain dari itu ia turut membantu semua murid Tahun Satu yang datang dari latar belakang, pengalaman dan sosio ekonomi yang berbeza memulakan proses pembelajaran di Tahun Satu mereka melalui tahap pencapaian yang hampir sama .


0 comments:

Post a Comment

Pautan

Speed Test

Test your Internet connection speed at Speedtest.net

Followers