Waktu

Sejarah SKPR

| Wednesday |

Sekolah Kebangsaan Paya Rumput adalah sebuah sekolah luar bandar.  Jarak dari Bandar Melaka ialah 12.8 Km. Sekolah ini dibina pada tahun 1885 dengan seorang pentadbir juga tenaga pengajar bagi 20 orang murid. Tahun demi tahun infrasuktur sekolah ini terus dibangunkan sehingga hari ini. Sekolah Kebangsaan Paya Rumput mempunyai 4 blok banggunan yang dilengkapi dengan semua kemudahan asas yang setara dengan keperluan sesebuah sekolah. Sekolah Kebangsaan Paya Rumput merupakan sekolah 1 sesi. Bilangan murid pada tahun 2007 adalah seramai 911 orang murid. Tenaga pengajar seramai 45 orang guru beserta seorang pentadbir, seorang pembantu am rendah dan 4 orang pekerja swasta.

Sekolah ini merupakan sebuah sekolah bantuan penuh kerajaan. Kanak-kanak normal yang belajar di sekolah ini akan mengikuti aliran perdana. Bagi murid yang lemah akan diberi peluang untuk memulihkan pelajaran mereka di kelas Intervensif dan murid yang bermasalah dalam pembelajaran akan belajar di kelas Pendidikan Khas. Selain itu, sekolah ini juga mempunyai kelas Pra-sekolah. Pada tahun murid sekolah ini berjumlah 501 dan tenaga pengajar seramai 26 orang. Penduduk Paya Rumput semakin bertambah. Pada tahun 1988, satu bangunan empat tingkat telah dibina dan pada tahun 2001 sebuah lagi bangunan empat tingkat dibina untuk menampung murid berjumlah 856 pada tahun 2006, dan tenaga pengajar 44 orang.

 Pada tahun 2009, bilangan murid adalah seramai 920 orang dan tenaga pengajar seramai 56 orang. Sekolah Kebangsaan Paya Rumput telah banyak mengalami perubahan dan pengubahsuaian dari masa ke semasa mengikut keperluan dalam era menuju ke alaf globalisasi. Hasrat untuk menjadikan sekolah Kebangsaan Paya Rumput sebuah sekolah yang cemerlang dalam akademik, sahsiah dan kokurikulum telah menjadi kenyataan. Sekolah Kebangsaan Paya Rumput juga telah dapat mengekalkan pencapaiaan UPSR di tahap cemerlang bermula tahun 1998 dan berada di tahap yang gemilang pada tahun 2002 hingga 2005.

Tenaga pengurusan dan pentadbiran, guru-guru, PIBG serta ibu bapa dan penjaga mempunyai VISI dan MISI yang sama serta mempunyai semangat esprit de corp ( rasa sepunya) untuk menggembeling tenaga bagi mengekalkan kecemerlangan dan kegemilangan Sekolah Kebangsaan Paya Rumput.  


0 comments:

Post a Comment

Guru Besar Skpr

Guru Besar Skpr

Pautan

Speed Test

Test your Internet connection speed at Speedtest.net

Followers