Waktu


Kejohanan Sukan SKPR 2011

| Friday |



Paya Rumput, 10 Mac 2011, Kejohanan Sukan Sekolah Paya Rumput telah berlansung dengan jayanya. Majlis perbarisan telah diirngi oleh pancaragam dari Sekolah Henry Gurney Melaka. Sebanyak empat rumah sukan yang telah mengambil bahagian dalam kejohanan sukan ini. Majlis perasmian sukan telah dirasmikan oleh En. Abdul Halim B. Abdul Malik (Timbalan Pegawai Pelajaran Daerah Melaka Tengah) dengan acara simbolik iaitu melepaskan dua ekor burung Merbuk. Banyak acara padang telah dipertandingkan di antaranya ialah lumba lari, lompat jauh, lompat tinggi dan lontar peluru. Selain dari acara sukan, pertunjukan seni mempertahankan diri juga turut dipersembahkan kepada para hadirin. Tema sukan tahunan pada tahun ini ialah flora dan fauna. Johan keseluruhan bagi sukan tahunan SKPR 2011 ialah pasukan rumah Kenyalang. Tahniah diucapkan kepada murid-murid dan guru pasukan rumah Kenyalang dan tahniah juga diucapkan kepada semua warga kerja SKPR yang terbabit dalam menjayakan kejohanan sukan SKPR 2011. Akhir kata, majulah sukan untuk negara...


Untuk Berjaya, Anda Mesti Buat 2 Perkara.....

| Wednesday |


Matlamat jitu merupakan asas dan kompas menjana kejayaan. Ianya merupakan tunjang pendorong, agar kita tidak mengenal erti putus asa, kecewa dan malas berusaha. Kejayaan dan kesenangan hidup hanya dapat dicapai melalui keberanian dan usaha gigih. Itulah di antara pegangan Paul Getty, seorang billionaire Amerika Syarikat. 
Menurutnya, untuk mencapai kejayaan, kita perlu membuat dua perkara: 
Pertama: TETAPKAN SATU MATLAMAT BESAR 
Kedua: MENCAPAINYA DENGAN PENUH KEBERANIAN!
Nasihat dan saranan ini amat berguna kerana ianya datang daripada seorang yang amat berjaya dalam perniagaannya. Paul Getty membuat kesimpulan ini berdasarkan pengalamannya sebagai seorang usahawan yang bermula dari peringkat bawah hinggalah menjadi seorang billionaire minyak.
Sebelum mencapai kejayaan, beliau terpaksa menghadapi pelbagai cabaran dan dugaan. Namun, wawasannya yang besar serta semangat beraninya yang begitu tinggi menjadi asas utama kejayaan Paul Getty. Beliau tidak mengenal erti putus asa. Pelbagai kata-kata negatif dilemparkan kepadanya supaya memberhentikan sahaja usahanya yang banyak mengalami kegagalan. Namun, semangat wajanya tetap utuh.  Mencari telaga minyak bukanlah suatu perkara yang mudah. Lebih-lebih lagi ianya melibatkan usaha pencarian dan penggalian yang memerlukan semangat jitu. Pada masa itu, teknologi pencarian dan penggalian minyak masih agak primitif. Namun, semangat beliau yang sukar dipadamkan, keberanian, usaha gigih serta keyakinannya yang begitu tinggilah yang membawa kejayaan besar kepada Paul Getty. 
Beliau juga telah meluaskan operasi perniagaannya dengan menjadi pengimport minyak dari negara-negara Timur Tengah. Pengluasan perniagaannya dari segi geografi juga adalah selaras dengan wawasan besar dan semangat berani beliau.
Daripada cebisan kisah hidup Paul Getty ini dapatlah kita simpulkan bahawa: 
  • Kejayaan tidak akan tercapai jika kita hanya mengharapkan nasib. 
  • Untuk mencapai kejayaan, matlamat mestilah jelas, berani mencapainya dengan usaha yang tidak mengenal putus penat lelah dan putus asa.


Pautan

Speed Test

Test your Internet connection speed at Speedtest.net

Followers