Waktu


Perlawanan Akhir Bola Sepak Kawasan Tanjung Bawah 12 Tahun

| Thursday |

 
Tahniah dan syabas diucapkan kepada jurulatih dah pasukan bolasepak SKPR atas kejayaan merangkul kembali kejuaraan bolasepak bawah 12 tahun kawasan tanjung MSSN Melaka. Pasukan kita menang ke atas SK Lereh dalam penentuan sepakan penalti setelah kedua-dua pasukan terikat 0-0 setelah tamat  masa perlawanan. Kita menewaskan SK Lereh dengan jaringan 4-2. Sekali lagi tahniah dan syabas diucapkan kepada pasukan bolasepak SKPR. SKPR BOLEH!!!!!!


15 Tip Pelajar Cemerlang

| Wednesday |



Bercintalah dengan pelajaran, bertunang dengan mengulang kaji, berkahwinlah dengan peperiksaan, dan berbulan madulah dengan kejayaan. Bagaimana mahu jadi pelajar cemerlang? Apakah ciri -ciri pelajar cemerlang? Berikut adalah 15 tip atau petua untuk menjadi pelajar cemerlang:
  1. Tuhan mencipta kita dengan penuh kesempurnaan. Bertindaklah dengan cemerlang.
  2.  Pelajar yang tidak berdisiplin semasa belajar, besar kemungkinan tidak berdisiplin sepanjang hayat.
  3. Semua orang mahu berjaya tetapi cuma segelintir yang berjaya kerana mereka berjaya mengawal nafsu dan emosi.
  4. Kita mudah lupa apa yang kita dengar. Kita sekadar tahu apa yang kita lihat. Kita akan faham apa yang kita amalkan/praktikkan.
  5. Apabila kita belajar dengan niat untuk berkongsi ilmu atau pun mengajar orang lain, kita akan dapat kefahaman dan daya ingatan yang luar biasa.
  6. Setiap hari, carilah alasan untuk berubah secara positif.
  7. Di dalam dunia ini, cuma kita berupaya mengubah diri kita.
  8. Apabila kita berubah, semua orang di sekeliling kita akan berubah seiringan dengan perubahan kita.
  9. Setiap masalah berpunca daripada diri kita sendiri. Kita yang perlu menyelesaikannya.
  10. Segala kehebatan sudah sedia ada dalam diri kita. Sekadar menanti untuk diserlahkan.
  11. Orang biasa yang melakukan tindakan luar biasa menghasilkan prestasi luar biasa.
  12. Jadikan setiap hari adalah hari terbaik dan sepanjang kehidupan anda akan cemerlang.
  13. Kejayaan = Hidayah + Ilmu + Amal + Ikhlas + Istiqamah + Berterusan berubah secara positif.
  14. Kejayaan adalah melakukan rutin yang positif secara berterusan.
  15. Kegagalan adalah melakukan satu ataupun dua kesalahan berulang kali.


TEKNIK MEMBACA BERKESAN

| Tuesday |

Motivasi Belajar : Teknik Membaca Berkesan, Meningkatkan Mutu Pembacaan, Teknik Membaca PQRST, Pembaca yang Baik, Teknik Membaca Berkesan


Kepada anak-anak didik semua, berikut ini adalah beberapa teknik membaca yang boleh meningkatkan lagi mutu pembacaan serta kualiti pembelajaran anda: 
 
Teknik Membaca PQRST 
Sistem PQRST adalah suatu teknik membaca yang diperkenalkan oleh Thomas, Ellen Lamar; Robinson, H. Alan dalam buku mereka yang bertajuk "Improving Reading In Every Class". 
Berikut adalah 5 langkah yang menjadi tunjang Teknik Membaca PQRST ini.

(a) Preview (Tinjau)
Preview. TINJAU tajuk-tajuk utama pada keseluruhan buku atau bab tertentu dengan memberi perhatian kepada tajuk-tajuk besar dan kecil padanya. Tujuan utama proses meninjau ini adalah untuk anda mendapatkan gambaran keseluruhan tentang isi-isi penting pada buku atau bab-bab dalam buku itu. Dengan mendapat gambaran segera tentang kandungan buku itu, fikiran anda akan lebih tertumpu kepada isu-isu utama yang dibincang atau diutarakan pada buku tersebut. 
(b) Question (Soal)
Question. SOAL diri anda dengan menjadikan tajuk besar dan kecil dalam bab itu sebagai soalannya.  Misalnya, tajuk bagi seksyen ini ialah Meningkatkan Mutu Pembacaan. Jadi, bentuk soalan yang boleh anda buat ialah “Bagaimana saya dapat meningkatkan mutu pembacaan saya?” Dengan adanya soalan itu semasa anda membaca, tumpuan fikiran anda akan lebih fokus kepada mencari jawapan atau jawapan-jawapan tentang soalan yang tertumpu pada fikiran anda pada ketika anda membaca. 
(c) Read (Baca)
Sambil MEMBACA bahan bacaan anda, tumpukan perhatian untuk mendapatkan jawapan bagi soalan yang anda telah timbulkan itu. Dengan berbuat demikian, anda akan dapat membantu proses pemahaman serta pengingatan anda terhadap idea-idea utama bahan yang dibaca.
(d) Self-Recitation (Mengimbas Kendiri) 
MENGIMBAS KENDIRI ialah suatu proses di mana anda mencuba ingat fakta-fakta utama bab atau bahan yang anda telah baca. Tujuan utamanya ialah untuk mengingat semula apa yang anda telah baca iaitu dengan menggabungkan semua proses (b), (c), dan (d) secara serentak.
(e) Test (Uji)
UJI diri anda setelah anda habis membaca keseluruhan bab. Fikirkan berapa banyakkah idea-idea daripada bab yang baru anda baca itu dapat anda ingati. Pada peringkat inilah anda harus mula menyimpan apa yang telah anda pelajari ke dalam ingatan jangka panjang anda.
Dengan menggunakan Teknik Membaca PQRST, masalah terlalu banyak untuk dibaca akan dapat anda atasi. Teknik Membaca PQRST ini memudah dan mempercepatkan proses pembacaan serta pengingatan anda.

Selamat mencuba.... 


Pautan

Speed Test

Test your Internet connection speed at Speedtest.net

Followers