Waktu


PROGRAM GOTONG ROYONG TANGGUNGJAWAB SOSIAL KORPORAT (CSR)

| Wednesday |



PROGRAM GOTONG ROYONG TANGGUNGJAWAB SOSIAL KORPORAT (CSR)

         Satu program Gotong Royong Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) jalinan Politeknik Merlimau Melaka bersama PPKI SK Paya Rumput telah diadakan pada 30 Mac 2016 dari 8.00 pagi hingga 2.00 petang bertempat di SK Paya Rumput, Sekolah Kluster Kecemerlangan. Di antara aktiviti program ini ialah mengecat dan membuat mural di banggunan PPKI SK Paya Rumput. Pelajar-pelajar yang terlibat dalam program ini ialah dari Jabatan Kejuruteraan Elektrik Politeknik Merlimau Melaka. 

Majlis perasmian penutup program ini tadi telah dirasmikan oleh timbalan menteri di Kementerian Sains, Teknologi  dan Inovasi iaitu YB Datuk Dr. Abu Bakar B. Mohamad Diah.


BENGKEL TEKNIK MENJAWAB SOALAN UPSR (SAINS)

| Thursday |






BENGKEL TEKNIK MENJAWAB SOALAN UPSR (SAINS) 

Pada 16 & 17 Mac 2016, satu bengkel teknik menjawab soalan UPSR (SAINS) untuk murid-murid darjah 6 telah dijalankan di dewan peperiksaan SK Paya Rumput. Sesi pembengkelan ini telah di sampaikan oleh En. Nasir Bin Sulaiman dari Sekolah Kebangsaan  Lereh. Bengkel ini bertujuan untuk mendedahkan kepada murid-murid dalam teknik menjawab soalan peperiksaan. Di antara objektif  pelaksanaan aktiviti ini ialah:

    • Mendedahkan murid-murid teknik menjawab soalan UPSR  dengan kaedah terkini.
    • Mengisi masa cuti murid-murid dengan aktiviti yang berfaedah.
    • Mencari kekuatan dan kelemahan murid-murid di SKPR.

Semoga dengan adanya aktiviti-aktiviti seperti ini, diharap pencapaian peratusan dalam UPSR pada tahun ini akan meningkat dan lebih cemerlang.


CUTI PERTENGAHAN PENGGAL PERTAMA 2016

| Friday |


CUTI PERTENGAHAN PENGGAL PERTAMA 2016

Selamat bercuti diucapkan kepada semua murid-murid SK Paya Rumput. Cuti pertengahan penggal pertama akan bermula pada 12 Mac 2016 hingga 20 Mac 2016. Cuti selama 9 hari ini adalah peluang dan masa yang terbaik untuk dimanfaat sepenuhnya oleh semua murid-murid. Peluang bercuti ini sepatutnya tidak dihabiskan hanya menonton tv atau berehat-rehat semata-mata, tetapi masa ini harus diisi dengan aktiviti-aktiviti yang lebih berfaedah dan bermanfaat.

 Kepada murid tahun 6 yang terlibat dengan kelas tambahan, diharap dapat hadir ke kelas tambahan seperti yang telah di tetapkan. Kepada ibu bapa penjaga juga diharap dapat memberi kerjasama dalam memastikan anak-anak mereka  agar dapat menghadirkan diri pada kelas tambahan tersebut. Dengan kerjasama yang diberikan oleh  ibu bapa ini di harapkan dapat membantu pihak sekolah bagi memastikan anak tuan/puan mencapai kecemerlangan dalam peperiksaan kelak di atas usaha yang di berikan dengan harapan bersama agar mereka memperoleh kejayaan yang cemerlang.


Pautan

Speed Test

Test your Internet connection speed at Speedtest.net

Followers