Waktu


a big congratulations to SKPR

| Friday |


Tahniah lagi diucapkan kepada para atlit SK Paya Rumput kerana mengharumkan nama SK Paya Rumput. Pada 20 April 2011, hari Rabu yang lalu, pasukan ragbi SKPR telah menjadi johan negeri setelah berhempas pulas mengalahkan  pasukan ragbi dari SK Sebatu dalam Kejohanan Ragbi Bawah 12 Tahun MSS Melaka 2011. Pasukan ragbi SKPR telah dibimbing oleh cikgu Nizam, cikgu Farizal dan cikgu Azharuddin. 


Dalam perlawanan akhir  bola baling lelaki bawah 12 tahun kawasan tanjung yang berlansung semalam di Sekolah Menengah Tun Haji Abdul Malek pula menyaksikan pasukan bola baling dari SK Tanjung Minyak bertemu pasukan bola baling dari SK Paya Rumput. Pasukan bola baling di bawah bimbingan cikgu Shafee, ustaz Habullah dan ustazah Siti Hanim ternyata tidak menghampakan jurulatih meraka setalah mengalahkan pasukan bola baling dari SK Tanjung Minyak. 


Setinggi-tinggi tahniah diucapkan kepada mereka yang telah mengharumkan nama sekolah di persada negeri.


Kejayaan Demi Kejayaan Untuk Sk Paya Rumput

| Wednesday |


Tahniah, tahniah, tahniah.... Syabas Sk Paya Rumput. Selepas johan bola sepak bawah 12 tahun kawasan tanjung, kini johan sepaktakraw bawah 12 tahun pula dirangkul oleh pasukan sepaktakraw SKPR di bawah pimpinan cikgu Razali. Tahniah juga diucapkan kepada adik Amirul Haziq di atas kemenangan menjadi johan TILAWAH LELAKI  MTQ Peringkat Negeri Melaka. 


Tahniah SK Paya Rumput Kerana Diiktiraf Di Dalam Program Bai'ah

| Tuesday |

Cabaran baru kepimpinan sekolah melalui Bai'ah


KUALITI pengetua dan guru besar adalah penentu kepada program Tawaran Baru atau Bai'ah yang diumumkan Menteri Pelajaran, Tan Sri Muhyiddin Yasin ketika berucap pada Majlis Perutusan Khas 2011 di Putrajaya baru-baru ini. Dalam ucapan itu, beliau telah memberikan cabaran baru kepada pengetua dan guru besar untuk meningkatkan prestasi sekolah ke tahap yang cemerlang.

Konsep Bai'ah ini amat mudah. Sekiranya prestasi sekolah melepasi tahap kecemerlangan yang ditetapkan, mereka akan diberikan ganjaran dalam bentuk kewangan. Jumlahnya amat menarik iaitu mereka layak menerima RM7,500 seorang. Sementara itu, lima peratus guru paling cemerlang akan menerima RM1,800 seorang dan guru lain diberikan RM900 seorang. Nama pengetua dan guru besar yang layak akan diumumkan pada pertengahan tahun ini.

Inisiatif ini ada kaitan dengan Program Transformasi Kerajaan di bawah Bidang Utama Keberhasilan Negara (NKRA). Apa yang jelas, tawaran ini akan membuka satu lembaran baru kepada tanggungjawab pemimpin dalam pengurusan dan pentadbiran sekolah. Pengetua dan guru besar bukan setakat menduduki kerusi teratas dalam hierarki organisasi sekolah, tetapi kualiti mereka akan menentukan sama ada sekolah yang mereka terajui berada di tahap cemerlang.


Pautan

Speed Test

Test your Internet connection speed at Speedtest.net

Followers