Waktu


CARIAN ID GOOGLE CLASSROOM MURID SK PAYA RUMPUT 2020

| Sunday |

Kempen mengaktifkan ID Google Classroom SK Paya Rumput SKK dalam musim PKP

 

Dapatkan ID Google Classroom Anda Di Sini 



     

Jika anda mempunyai sebarang kesukaran dalam mendapatkan ID, anda boleh hubungi kami di ictskpr@gmail.com.
Hantarkan email dan nyatakan nama dan No KP anda. Email anda akan dibalas dengan kadar segera oleh pihak kami. Sekian, terima kasih.


PERJUMPAAN KECEMERLANGAN UPSR 2019 (Sabtu - 12/1/2019)

| Friday |







PEMANTAUAN PROGRAM TRANSISI 2019

| |



MINGGU TRANSISI MURID TAHUN 1 2019

| |


Program Transisi Prasekolah ke Tahun Satu ataupun program Transisi Tahun 1 merupakan satu program yang telah dirangka dengan tujuan untuk membantu kanak-kanak menghadapi perubahan diri dalam keadaan transisi dari pendidikan tidak formal sama ada di rumah ataupun di prasekolah ke pendidikan secara formal di Tahun Satu. Program ini dilaksanakan dalam tempoh 3 bulan. Adalah diharapkan kanak-kanak yang datang dari pelbagai latar belakang sosio ekonomi, persekitaran dan pengetahuan akan dapat menyesuaikan diri dan bersedia meneruskan pembelajaran secara formal.





Tujuan Program 
  • Murid-murid dapat menyesuaikan diri dengan persekitaran, guru-guru dan kawan-kawan baru dalam masa yang singkat.
  • Guru-guru dapat menyelaraskan keperluan kognitif, emosi dan jasmani murid secara menyeluruh sebelum memulakan proses P & P secara formal.
  • Meningkatkan minat dan semangat murid untuk datang ke sekolah dengan gembira dan tanpa banyak masalah.
  • Membantu semua murid Tahun Satu yang datang dari latar belakang, pengalaman dan sosio ekonomi yang berbeza memulakan proses pembelajaran di Tahun Satu mereka melalui tahap pencapaian yang hampir sama .
Objektif Khusus
  • Semua pihak yang terlibat dapat membuat persediaan yang sesuai untuk menerima kemasukan murid ke Tahun Satu.
  • Murid dapat meningkatkan kemahiran tematik, bersepadu dan main sambil belajar.
  • Murid yang mempunyai kemahiran dan potensi diri yang tinggi dapat mengaplikasikan apa yang diperolehi dalam kehidupan sehariannya.
 Sumber Maklumat: Kementerian Pelajaran Malaysia


SELAMAT KEMBALI KE SEKOLAH SESI 2019

| |


Assalamualaikum wbt.

            2 Januari 2019 merupakan hari pertama persekolahan bagi murid-murid Tahun 1 di SK Paya Rumput, Sekolah Kluster Kecemerlangan ini. Selamat datang diucapkan kepada semua. Tidak lupa juga kepada pelajar-pelajar baru yang telah mendaftar di sekolah ini. Ibu bapa semestinya teruja dengan persiapan anak-anak untuk bersekolah. Pihak sekolah juga sangat berbesar hati menerima pelajar-pelajar baru dan sangat berharap agar pelajar-pelajar yang sedia ada boleh melakar seribu harapan untuk lebih cemerlang dan terbilang pada sesi 2019 ini.

            Tinggi harapan kami warga pendidik SK Paya Rumput, Sekolah Kluster Kecemerlangan untuk melihat anak-anak didik kami berjaya dunia dan akhirat. InsyaAllah 2019 ini bakal dipenuhi dengan pelbagai aktiviti bermanfaat kepada semua.

Semoga 2019 lebih gemilang!


TAHNIAH DIUCAPKAN KEPADA PEMAIN-PEMAIN RAGBI SK PAYA RUMPUT

| Monday |



           Pada hari Sabtu, 13 Januari 2018 telah berlangsung Kejohanan ragbi bawah 12 caurtain raiser 2018 peringkat negeri Melaka di padang Sk Paya Rumput. Bagi kategori U12, Sk Paya Rumput telah mendapat tempat Johan Cup, manakala kategori U11 pula d'Rhinos mendapat Naib johan Plat,


PROGRAM TRANSISI PRASEKOLAH KE TAHUN 1

| |




PROGRAM TRANSISI PRASEKOLAH KE TAHUN 1

         Program Transisi Prasekolah ke Tahun Satu merupakan satu program yang telah dirangka dengan tujuan untuk membantu kanak-kanak menghadapi perubahan diri dalam keadaan transisi dari pendidikan tidak formal sama ada di rumah ataupun di prasekolah ke pendidikan secara formal di Tahun Satu. Program ini dilaksanakan dalam tempoh 3 bulan. Adalah diharapkan kanak-kanak yang datang dari pelbagai latar belakang sosio ekonomi, persekitaran dan pengetahuan akan dapat menyesuaikan diri dan bersedia meneruskan pembelajaran secara formal..

          Program ini bertujuan agar murid-murid dapat menyesuaikan diri dengan persekitaran, guru-guru dan kawan-kawan baru dalam masa yang singkat. Guru-guru dapat menyelaraskan keperluan kognitif, emosi dan jasmani murid secara menyeluruh sebelum memulakan proses P & P secara formal. Ia juga dapat meningkatkan minat dan semangat murid untuk datang ke sekolah dengan gembira dan tanpa banyak masalah. Selain dari itu ia turut membantu semua murid Tahun Satu yang datang dari latar belakang, pengalaman dan sosio ekonomi yang berbeza memulakan proses pembelajaran di Tahun Satu mereka melalui tahap pencapaian yang hampir sama .


MURID-MURID TAHUN 1 2018

| Tuesday |




MURID-MURID TAHUN 1 2018



SELAMAT TAHUN BARU 2018

| |




SELAMAT TAHUN BARU 2018

SELAMAT TAHAUN BARU 2018 kami ucapkan kepada seluruh warga SKK SK Paya Rumput.  Semoga tahun baru ini menjadi tahun yang lebih baik buat kita semua. Insya Allah...


INNA LILLAHI WA INNA ILAYHI RAJI'UN

| Thursday |





INNA LILLAHI WA INNA ILAYHI RAJI'UN 


          Al-Fatihah dan salam takziah kepada seluruh keluarga allahyarham Tn. Hj. Safie B. Jaafar. Beliau telah pergi selamanya menghadap ilahi pada hari Jumaat, 1 September 2017. Semoga rohnya sentiasa dicucuri rahmat dan ditempatkan dikalangan orang yang beriman dan soleh. Ya Allah Ya Tuhanku ampunilah dia, rahmatilah dia, maafkanlah dia, muliakanlah kematiannya, lapangkanlah kuburnya, jadikanlah syurga sebagai ganti tempat tinggalnya dan berilah kesabaran kepada ahli keluarganya, semoga arwah di tempatkan di kalangan orang-orang yang beriman.


SELAMAT BERSARA TN. HJ. SAFIE B. JAAFAR

| |


SELAMAT BERSARA TN. HJ. SAFIE B. JAAFAR

            Terlebih dahulu kami warga SK Paya Rumput, Sekolah Kluster Kecemerlangan  ingin mengucapkan syukur Alhamdulillah kerana dengan limpah dan kurniaNya telah memberi kami peluang berkhidmat bersama-sama Tn. Hj. Safiee B. Jaafar sebagai guru besar di sekolah ini. Untuk makluman, Tn. Hj. Safie B. Jaafar mula berkhidmat di sekolah ini pada 15 Oktober 2015 hingga 27 Ogos 2017. Selama tempoh beliau berkhidmat di sekolah ini, beliau telah banyak memberi tunjuk ajar dan nasihat yang amat berguna kepada kami warga pendidik dan juga semua kakitangan di sini.

Jasamu dikenang
Budimu tak terbilang
Semangatmu dijulang
Kepimpinanmu gemilang

                Begitulah yang boleh kita perkatakan atas segala bakti dan kepimpinan yang dilakukan oleh Tn. Hj. Safie B. Jaafar sepanjang perkhidmatan beliau di dalam dunia pendidikan yang berakhir sebagai Guru Besar di SK Paya Rumput, Sekolah Kluster Kecemerlangan.


Pautan

Speed Test

Test your Internet connection speed at Speedtest.net

Followers