PROGRAM TRANSISI PRASEKOLAH KE TAHUN 1
Program Transisi Prasekolah ke Tahun Satu merupakan satu program yang
telah dirangka dengan tujuan untuk membantu kanak-kanak menghadapi
perubahan diri dalam keadaan transisi dari pendidikan tidak formal sama
ada di rumah ataupun di prasekolah ke pendidikan secara formal di Tahun
Satu. Program ini dilaksanakan dalam tempoh 3 bulan. Adalah diharapkan
kanak-kanak yang datang dari pelbagai latar belakang sosio ekonomi,
persekitaran dan pengetahuan akan dapat menyesuaikan diri dan bersedia
meneruskan pembelajaran secara formal..
Program ini bertujuan agar murid-murid dapat menyesuaikan diri dengan persekitaran, guru-guru dan kawan-kawan baru dalam masa yang singkat. Guru-guru dapat menyelaraskan
keperluan kognitif, emosi dan jasmani murid secara menyeluruh sebelum
memulakan proses P & P secara formal. Ia juga dapat meningkatkan minat dan semangat murid untuk datang ke sekolah dengan gembira dan tanpa banyak masalah. Selain dari itu ia turut membantu semua murid Tahun Satu yang
datang dari latar belakang, pengalaman dan sosio ekonomi yang berbeza
memulakan proses pembelajaran di Tahun Satu mereka melalui tahap
pencapaian yang hampir sama .