Waktu


Pertandingan Mewarna Sekolah Rendah dan Melukis Sekolah Menengah

| Tuesday |


Pertandingan Mewarna Sekolah Rendah dan Pertandingan Melukis Sekolah Menengah Sempena Karnival Pendidikan 2011

Semua sekolah di daerah Melaka Tengah diwajibkan mengambil bahagian dalam pertandingan mewarna dan melukis sempena Karnival Pendidikan 2011 yang diadakan  mulai 5 - 8 Mei 2011 di MITC. Bersama-sama ini disertakan surat rasmi dan borang pertandingan untuk dimuatturun oleh tuan dan hantar kembali sebelum 22 April 2011 ke Pejabat Pelajaran Daerah Alor Gajah.
Sebarang pertanyaan sila Pejabat Pelajaran Daerah Alor Gajah selaku Pegerusi Pertandingan (u.p En. Harun Bakri)


Sumber,
Unit Pengurusan Sekolah
PPD Melaka Tengah


Fadhilat Jumaat

| Friday |


Assalamualaikum dan selamat pagi semua....
Hadis Rasulullah yang diriwayatkan Abu Hurairah yang bermaksud: “Jumaat dinamakan sebagai ‘Saidul aiyam’ iaitu penghulu segala hari (hari yang sebaik hari).”
Daripada Abu Hurairah katanya, Rasulullah bersabda, maksudnya: “Sebaik-baik hari yang terbit matahari ialah Jumaat, pada hari itulah, Adam diciptakan dan pada hari itulah juga dia dikeluarkan dari syurga.
Dalam hadis lain, Rasulullah bersabda yang bermaksud : “Hari yang dijanjikan ialah hari kiamat, hari yang disaksikan ialah hari Arafah dan hari yang menyaksikan ialah hari Jumaat. Matahari tidak terbit dan tidak terbenam pada mana-mana hari yang lebih mulia dan afdal daripada hari Jumaat.
“Pada hari itu terdapat suatu masa di mana seorang hamba mukmin apabila meminta (berdoa) kepada Allah sesuatu kebaikan melainkan Allah memakbulkan doanya atau ia meminta Allah melindunginya daripada sesuatu kejahatan melainkan Allah melindunginya daripada kejahatan.” (Hadis riwayat Tirmizi).
Daripada Ibnu Umar bahawa Rasulullah bersabda: “Jika seseorang antara kalian mendatangi solat Jumaat, maka hendaklah mandi dulu.” (Muttafaq ‘alaih)
Daripada Samurah, diriwayatkan bahawa Rasulullah pernah bersabda: “Sesiapa yang berwuduk pada Jumaat, maka dengan keringanan itu, bolehlah dilakukan tanpa mandi tetapi mandi itu adalah lebih utama.” (Hadis riwayat Imam Abu Daud dan Termizi)
Ada banyak hadis dan riwayat mengenai kelebihan hari Jumaat. yang bertujuan menceritakan ganjaran yang perlu direbut oleh umat Islam. Antaranya:
* Orang yang meninggal dunia pada hari Jumaat akan terlepas soal jawab kubur hingga hari Kiamat.
* Sesiapa yang membaca surah Ali Imran pada hari Jumaat, maka Allah dan malaikat mendoakan kebaikan ke atasnya sehingga matahari terbenam pada hari itu.
* Sabda Rasulullah yang diriwayatkan oleh Abi Said Al-Khudri bermaksud: “Sesiapa membaca surah Al-Kahfi pada hari Jumaat, Allah menerangi hidupnya antara dua Jumaat.”
* Sesiapa membaca Surah Yassin pada malam Jumaat, Allah mengampunkan dosa kecil yang dilakukan, demikian menurut hadis Rasulullah yang diriwayatkan oleh Abi Hurairah.
* Sabda Rasulullah yang diriwayatkan oleh Abdullah Ibn Abi Khatadah, bermaksud: Sesiapa yang mandi pada hari Jumaat seolah-olah dirinya bersih hingga Jumaat akan datang.
* Mereka yang mendirikan solat Jumaat antara satu Jumaat ke satu Jumaat berikutnya, maka Allah mengkifaratkan atau mengelakkan dia daripada terbabit dosa besar.
* Mereka yang berdoa dengan penuh keikhlasan hati pada Jumaat, mudah dimakbulkan Allah.
( Sumber : http://blogs.iium.edu.my/norasita/2008/06/13/fadhilat-jumaat/ )



LATIHAN PENGGUNAAN OPENOFFICE.ORG IMPRESS

| Wednesday |


Sektor Pengurusan Maklumat (ICT), JPM akan mengelolakan Pertandingan Multimedia Berasaskan OpenOffice.Org Impress Presentation semasa Karnival Pendidikan Melaka yang akan diadakan pada 5 Mei 2011 di Dewan MITC, Ayer Keroh Melaka. Sehubungan itu, satu latihan penggunaan perisian tersebut akan diadakan untuk peserta sekolah yang akan menyertai pertandingan tersebut. Surat jemputan bagi latihan tersebut akan dikeluarkan kepada para peserta yang telah mendaftar dalam pertandingan sebelum 31 Mac 2011.
Sekian, harap maklum.

Sumber : Sektor Pengurusan Maklumat
PPDMT


e-Operasi

| |



Kepada semua PK1 Menengah dan Rendah.
Hasil pemantauan kami , masih banyak lagi sekolah daerah Melaka Tengah pihak pentadbir sekolah (PK1) tidak mengesahkan data-data guru. Harap pihak sekolah dapat ambil tindakan segera sebelum 27 Mac 2011 agar urusan eg-Tukar dapat berjalan dengan lancar.
Mana-mana sekolah yang bermasalah dengan sistem ini sila hubungi Unit Menengah atau Unit Rendah , JPM untuk tindakan selanjutnya.
Laman Web e-Operasi : http://apps.moe.gov.my/eoperasi
Segala kerjasama yang diberikan didahului dengan ucapan terima kasih.

Sumber
Unit Pengurusan Sekolah,
PPDMT


Rentetan Kejohanan Akuatik MSSM 2011, Melaka

| Tuesday |



Rentetan Kejohanan Akuatik MSSM 2011, Melaka sempena Melaka menjadi tuan rumah kejohanan. SK Paya Rumput terlibat sebagai AJK hadiah di sepanjang kejohanan tersebut.
Selain itu juga, salah seorang atlit yang mewakili negeri Melaka di dalam kejohanan tersebut ialah adik Siti Aishah Puteh. Tahniah dan syabas diucapkan kepada adik Siti Aishah.


Selamat Kembali ke Sekolah

| Monday |


Assalamualaikum semua.... Hari ini bermulalah hari persekolahan seperti biasa. Selamat kembali ke sekolah semula kepada semua pelajar, guru-guru dan kakitangan SKPR setelah bercuti selama 1 minggu. Mungkin ramai lagi di antara murid-murid yang masih dalam " mood " cuti lagi agaknya. " Wake up " adik-adik, jangan tidur lagi, kalau tidak anda akan ketinggalan nanti.


Cuti Sekolah Bermula

| |



Selamat bercuti kepada semua guru-guru dan murid-murid SKPR. Manfaatkan masa senggang anda dengan aktiviti yang berfaedah .Bagi yang akan pulang ke kampung halaman, berhati-hatilah di jalan raya. Diharap semuanya selamat sampai ke destinasi yang dituju. Jangan lupa sekolah akan bermula semula pada 21 Mac 2011.


Kejohanan Sukan SKPR 2011

| Friday |



Paya Rumput, 10 Mac 2011, Kejohanan Sukan Sekolah Paya Rumput telah berlansung dengan jayanya. Majlis perbarisan telah diirngi oleh pancaragam dari Sekolah Henry Gurney Melaka. Sebanyak empat rumah sukan yang telah mengambil bahagian dalam kejohanan sukan ini. Majlis perasmian sukan telah dirasmikan oleh En. Abdul Halim B. Abdul Malik (Timbalan Pegawai Pelajaran Daerah Melaka Tengah) dengan acara simbolik iaitu melepaskan dua ekor burung Merbuk. Banyak acara padang telah dipertandingkan di antaranya ialah lumba lari, lompat jauh, lompat tinggi dan lontar peluru. Selain dari acara sukan, pertunjukan seni mempertahankan diri juga turut dipersembahkan kepada para hadirin. Tema sukan tahunan pada tahun ini ialah flora dan fauna. Johan keseluruhan bagi sukan tahunan SKPR 2011 ialah pasukan rumah Kenyalang. Tahniah diucapkan kepada murid-murid dan guru pasukan rumah Kenyalang dan tahniah juga diucapkan kepada semua warga kerja SKPR yang terbabit dalam menjayakan kejohanan sukan SKPR 2011. Akhir kata, majulah sukan untuk negara...


Untuk Berjaya, Anda Mesti Buat 2 Perkara.....

| Wednesday |


Matlamat jitu merupakan asas dan kompas menjana kejayaan. Ianya merupakan tunjang pendorong, agar kita tidak mengenal erti putus asa, kecewa dan malas berusaha. Kejayaan dan kesenangan hidup hanya dapat dicapai melalui keberanian dan usaha gigih. Itulah di antara pegangan Paul Getty, seorang billionaire Amerika Syarikat. 
Menurutnya, untuk mencapai kejayaan, kita perlu membuat dua perkara: 
Pertama: TETAPKAN SATU MATLAMAT BESAR 
Kedua: MENCAPAINYA DENGAN PENUH KEBERANIAN!
Nasihat dan saranan ini amat berguna kerana ianya datang daripada seorang yang amat berjaya dalam perniagaannya. Paul Getty membuat kesimpulan ini berdasarkan pengalamannya sebagai seorang usahawan yang bermula dari peringkat bawah hinggalah menjadi seorang billionaire minyak.
Sebelum mencapai kejayaan, beliau terpaksa menghadapi pelbagai cabaran dan dugaan. Namun, wawasannya yang besar serta semangat beraninya yang begitu tinggi menjadi asas utama kejayaan Paul Getty. Beliau tidak mengenal erti putus asa. Pelbagai kata-kata negatif dilemparkan kepadanya supaya memberhentikan sahaja usahanya yang banyak mengalami kegagalan. Namun, semangat wajanya tetap utuh.  Mencari telaga minyak bukanlah suatu perkara yang mudah. Lebih-lebih lagi ianya melibatkan usaha pencarian dan penggalian yang memerlukan semangat jitu. Pada masa itu, teknologi pencarian dan penggalian minyak masih agak primitif. Namun, semangat beliau yang sukar dipadamkan, keberanian, usaha gigih serta keyakinannya yang begitu tinggilah yang membawa kejayaan besar kepada Paul Getty. 
Beliau juga telah meluaskan operasi perniagaannya dengan menjadi pengimport minyak dari negara-negara Timur Tengah. Pengluasan perniagaannya dari segi geografi juga adalah selaras dengan wawasan besar dan semangat berani beliau.
Daripada cebisan kisah hidup Paul Getty ini dapatlah kita simpulkan bahawa: 
  • Kejayaan tidak akan tercapai jika kita hanya mengharapkan nasib. 
  • Untuk mencapai kejayaan, matlamat mestilah jelas, berani mencapainya dengan usaha yang tidak mengenal putus penat lelah dan putus asa.


Majlis Sambutan Maulidur Rasul 1432H/2011M SK Paya Rumput

| Friday |


10 Kunci Kejayaan Di Dunia Dan Akhirat.

| |


Assalamualaikum dan salam sejahtera...

Dalam tips motivasi kali ini saya akan berkongsi dengan semua pembaca 10 kunci kejayaan dunia dan akhirat. Kata lain, faktor yang menentukan kejayaan kita. Tips ini sudah lama dalam simpanan saya, kini tibalah masanya untuk dikongsikan bersama-sama. Kekadang dalam mengejar kecemerlangan, ramai antara kita terperangkat dalam 'kepompong' diri, maksudnya tidak tahu cara untuk melepasi self-limits atau batasan diri yang tidak ternampak oleh kita, namun di nampak oleh orang lain seperti kawan rapat kita, ahli keluarga, pensyarah, guru, atau pun sahabat kita.

Orang-orang yang mampu melintasi self limits atau batasan diri ini sebenarnya mengetahui kunci-kunci untuk membuka pintu kejayaan dunia dan akhirat.
Dr. Fadzilah kamsah memanggil apa yang saya tulis ini sebagai "Menerobos Sempadan Diri". Buku motivasi Dr. Fadzilah Kamsah dengan tajuk tersebut dah habis saya baca dan saya juga telah mempraktikkan beberapa tips motivasi yang diajarkan oleh Dr. Fadzilah Kamsah bagi merangsang kecemerlangan diri saya.

Di bawah ini adalah senarai 10 kunci kejayaan dunia dan akhirat :
  1. Kunci ilmu adalah bertanya dan mendengar.
  2. Kunci kemenangan adalah sabar.
  3. Kunci tambahnya nikmat ialah perasaan syukur.
  4. Kunci keselamatan dunia dan akhirat adalah taqwa.
  5. Kunci untuk termakbulnya permintaan adalah doa.
  6. Kunci maksiat adalah kesombongan.
  7. Kunci solat adalah taharah.
  8. Kunci ibadah haji adalah ihram.
  9. Kunci kebaikan adalah berpegang kepada yang benar.
  10. Kunci syurga adalah tauhid.


Perlawanan Akhir Bola Sepak Kawasan Tanjung Bawah 12 Tahun

| Thursday |

 
Tahniah dan syabas diucapkan kepada jurulatih dah pasukan bolasepak SKPR atas kejayaan merangkul kembali kejuaraan bolasepak bawah 12 tahun kawasan tanjung MSSN Melaka. Pasukan kita menang ke atas SK Lereh dalam penentuan sepakan penalti setelah kedua-dua pasukan terikat 0-0 setelah tamat  masa perlawanan. Kita menewaskan SK Lereh dengan jaringan 4-2. Sekali lagi tahniah dan syabas diucapkan kepada pasukan bolasepak SKPR. SKPR BOLEH!!!!!!


15 Tip Pelajar Cemerlang

| Wednesday |



Bercintalah dengan pelajaran, bertunang dengan mengulang kaji, berkahwinlah dengan peperiksaan, dan berbulan madulah dengan kejayaan. Bagaimana mahu jadi pelajar cemerlang? Apakah ciri -ciri pelajar cemerlang? Berikut adalah 15 tip atau petua untuk menjadi pelajar cemerlang:
  1. Tuhan mencipta kita dengan penuh kesempurnaan. Bertindaklah dengan cemerlang.
  2.  Pelajar yang tidak berdisiplin semasa belajar, besar kemungkinan tidak berdisiplin sepanjang hayat.
  3. Semua orang mahu berjaya tetapi cuma segelintir yang berjaya kerana mereka berjaya mengawal nafsu dan emosi.
  4. Kita mudah lupa apa yang kita dengar. Kita sekadar tahu apa yang kita lihat. Kita akan faham apa yang kita amalkan/praktikkan.
  5. Apabila kita belajar dengan niat untuk berkongsi ilmu atau pun mengajar orang lain, kita akan dapat kefahaman dan daya ingatan yang luar biasa.
  6. Setiap hari, carilah alasan untuk berubah secara positif.
  7. Di dalam dunia ini, cuma kita berupaya mengubah diri kita.
  8. Apabila kita berubah, semua orang di sekeliling kita akan berubah seiringan dengan perubahan kita.
  9. Setiap masalah berpunca daripada diri kita sendiri. Kita yang perlu menyelesaikannya.
  10. Segala kehebatan sudah sedia ada dalam diri kita. Sekadar menanti untuk diserlahkan.
  11. Orang biasa yang melakukan tindakan luar biasa menghasilkan prestasi luar biasa.
  12. Jadikan setiap hari adalah hari terbaik dan sepanjang kehidupan anda akan cemerlang.
  13. Kejayaan = Hidayah + Ilmu + Amal + Ikhlas + Istiqamah + Berterusan berubah secara positif.
  14. Kejayaan adalah melakukan rutin yang positif secara berterusan.
  15. Kegagalan adalah melakukan satu ataupun dua kesalahan berulang kali.


TEKNIK MEMBACA BERKESAN

| Tuesday |

Motivasi Belajar : Teknik Membaca Berkesan, Meningkatkan Mutu Pembacaan, Teknik Membaca PQRST, Pembaca yang Baik, Teknik Membaca Berkesan


Kepada anak-anak didik semua, berikut ini adalah beberapa teknik membaca yang boleh meningkatkan lagi mutu pembacaan serta kualiti pembelajaran anda: 
 
Teknik Membaca PQRST 
Sistem PQRST adalah suatu teknik membaca yang diperkenalkan oleh Thomas, Ellen Lamar; Robinson, H. Alan dalam buku mereka yang bertajuk "Improving Reading In Every Class". 
Berikut adalah 5 langkah yang menjadi tunjang Teknik Membaca PQRST ini.

(a) Preview (Tinjau)
Preview. TINJAU tajuk-tajuk utama pada keseluruhan buku atau bab tertentu dengan memberi perhatian kepada tajuk-tajuk besar dan kecil padanya. Tujuan utama proses meninjau ini adalah untuk anda mendapatkan gambaran keseluruhan tentang isi-isi penting pada buku atau bab-bab dalam buku itu. Dengan mendapat gambaran segera tentang kandungan buku itu, fikiran anda akan lebih tertumpu kepada isu-isu utama yang dibincang atau diutarakan pada buku tersebut. 
(b) Question (Soal)
Question. SOAL diri anda dengan menjadikan tajuk besar dan kecil dalam bab itu sebagai soalannya.  Misalnya, tajuk bagi seksyen ini ialah Meningkatkan Mutu Pembacaan. Jadi, bentuk soalan yang boleh anda buat ialah “Bagaimana saya dapat meningkatkan mutu pembacaan saya?” Dengan adanya soalan itu semasa anda membaca, tumpuan fikiran anda akan lebih fokus kepada mencari jawapan atau jawapan-jawapan tentang soalan yang tertumpu pada fikiran anda pada ketika anda membaca. 
(c) Read (Baca)
Sambil MEMBACA bahan bacaan anda, tumpukan perhatian untuk mendapatkan jawapan bagi soalan yang anda telah timbulkan itu. Dengan berbuat demikian, anda akan dapat membantu proses pemahaman serta pengingatan anda terhadap idea-idea utama bahan yang dibaca.
(d) Self-Recitation (Mengimbas Kendiri) 
MENGIMBAS KENDIRI ialah suatu proses di mana anda mencuba ingat fakta-fakta utama bab atau bahan yang anda telah baca. Tujuan utamanya ialah untuk mengingat semula apa yang anda telah baca iaitu dengan menggabungkan semua proses (b), (c), dan (d) secara serentak.
(e) Test (Uji)
UJI diri anda setelah anda habis membaca keseluruhan bab. Fikirkan berapa banyakkah idea-idea daripada bab yang baru anda baca itu dapat anda ingati. Pada peringkat inilah anda harus mula menyimpan apa yang telah anda pelajari ke dalam ingatan jangka panjang anda.
Dengan menggunakan Teknik Membaca PQRST, masalah terlalu banyak untuk dibaca akan dapat anda atasi. Teknik Membaca PQRST ini memudah dan mempercepatkan proses pembacaan serta pengingatan anda.

Selamat mencuba.... 


Pautan

Speed Test

Test your Internet connection speed at Speedtest.net

Followers