Waktu


PROGRAM GOTONG ROYONG TANGGUNGJAWAB SOSIAL KORPORAT (CSR)

| Wednesday |



PROGRAM GOTONG ROYONG TANGGUNGJAWAB SOSIAL KORPORAT (CSR)

         Satu program Gotong Royong Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) jalinan Politeknik Merlimau Melaka bersama PPKI SK Paya Rumput telah diadakan pada 30 Mac 2016 dari 8.00 pagi hingga 2.00 petang bertempat di SK Paya Rumput, Sekolah Kluster Kecemerlangan. Di antara aktiviti program ini ialah mengecat dan membuat mural di banggunan PPKI SK Paya Rumput. Pelajar-pelajar yang terlibat dalam program ini ialah dari Jabatan Kejuruteraan Elektrik Politeknik Merlimau Melaka. 

Majlis perasmian penutup program ini tadi telah dirasmikan oleh timbalan menteri di Kementerian Sains, Teknologi  dan Inovasi iaitu YB Datuk Dr. Abu Bakar B. Mohamad Diah.


BENGKEL TEKNIK MENJAWAB SOALAN UPSR (SAINS)

| Thursday |






BENGKEL TEKNIK MENJAWAB SOALAN UPSR (SAINS) 

Pada 16 & 17 Mac 2016, satu bengkel teknik menjawab soalan UPSR (SAINS) untuk murid-murid darjah 6 telah dijalankan di dewan peperiksaan SK Paya Rumput. Sesi pembengkelan ini telah di sampaikan oleh En. Nasir Bin Sulaiman dari Sekolah Kebangsaan  Lereh. Bengkel ini bertujuan untuk mendedahkan kepada murid-murid dalam teknik menjawab soalan peperiksaan. Di antara objektif  pelaksanaan aktiviti ini ialah:

    • Mendedahkan murid-murid teknik menjawab soalan UPSR  dengan kaedah terkini.
    • Mengisi masa cuti murid-murid dengan aktiviti yang berfaedah.
    • Mencari kekuatan dan kelemahan murid-murid di SKPR.

Semoga dengan adanya aktiviti-aktiviti seperti ini, diharap pencapaian peratusan dalam UPSR pada tahun ini akan meningkat dan lebih cemerlang.


CUTI PERTENGAHAN PENGGAL PERTAMA 2016

| Friday |


CUTI PERTENGAHAN PENGGAL PERTAMA 2016

Selamat bercuti diucapkan kepada semua murid-murid SK Paya Rumput. Cuti pertengahan penggal pertama akan bermula pada 12 Mac 2016 hingga 20 Mac 2016. Cuti selama 9 hari ini adalah peluang dan masa yang terbaik untuk dimanfaat sepenuhnya oleh semua murid-murid. Peluang bercuti ini sepatutnya tidak dihabiskan hanya menonton tv atau berehat-rehat semata-mata, tetapi masa ini harus diisi dengan aktiviti-aktiviti yang lebih berfaedah dan bermanfaat.

 Kepada murid tahun 6 yang terlibat dengan kelas tambahan, diharap dapat hadir ke kelas tambahan seperti yang telah di tetapkan. Kepada ibu bapa penjaga juga diharap dapat memberi kerjasama dalam memastikan anak-anak mereka  agar dapat menghadirkan diri pada kelas tambahan tersebut. Dengan kerjasama yang diberikan oleh  ibu bapa ini di harapkan dapat membantu pihak sekolah bagi memastikan anak tuan/puan mencapai kecemerlangan dalam peperiksaan kelak di atas usaha yang di berikan dengan harapan bersama agar mereka memperoleh kejayaan yang cemerlang.


SKPR TERUS TUNJUKKAN NILAI KEPERIHATINAN

| |



SUMBANGAN KEPADA MURID YANG SAKIT DAN DI MASUKKAN KE DALAM WAD

 Pada perhimpunan pagi tadi, seramai tiga orang murid iaitu adik Muhammad Aqil Hazim B. Mohd Anuar dari darjah 2 Impian Terbilang, adik Muhammad Adib Amsyar B. Zainee dari darjah 4 DLP Terbilang dan adik Che Muhammad Naqib B. Che Mohd Sanusi dari darjah 5 Impian Cemerlang telah menerima sedikit sumbangan dari Unit Kebajikan Sekolah. Sumbangan ini adalah untuk murid yang sakit dan dimasukkan ke dalam wad pada bulan Januari dan Februari 2016. 

Sumbangan itu tadi telah disampaikan oleh tuan guru besar Sekolah Kebangsaan Paya Rumput,  Sekolah Kluster Kecemerlangan iaitu Tn. Hj. Safie B. Jaafar. Di harap dengan sumbangan itu tadi, sedikit sebanyak dapat membantu dan meringankan beban kepada adik-adik dan juga keluarga. Semoga adik-adik cepat sembuh seperti sediakala dan dapat mengikuti pelajaran seperti biasa. 


MAJLIS PENYAMPAIAN BANTUAN KUMPULAN WANG AMANAH PELAJAR MISKIN (KWAPM) 2016

| Wednesday |


MAJLIS PENYAMPAIAN BANTUAN KUMPULAN WANG AMANAH PELAJAR MISKIN (KWAPM) 2016

Majlis penyampaian bantuan  Kumpulan Wang Amanah Pelajar Miskin (KWAPM ) 2016 peringkat Sekolah Kebangsaan Paya Rumput, Sekolah Kluster Kecemerlangan. Tahniah diucapkan kepada pelajar-pelajar yang telah menerima bantuan KWAPM 2016. Seramai 69 orang murid dari tahun 1 hingga tahun 6 telah terpilih menerima bantuan tersebut. Bantuan itu tadi telah disampaikan oleh guru besar SKK SKPR iaitu Tn. Hj. Safie Bin Jaafar pada pukul 11.30 pagi bertempat di kafeteria SKPR.

Sila klik di sini untuk keterangan lanjut mengenai bantuan (KWAPM).




MURID SKPR BERAKSI DI GOLD COAST

| |





 TAHNIAH DIUCAPKAN KEPADA  ADIK WAFFIQ

Tahniah diucapkan kepada adik Waffiq Bin Khairul Tajudin kerana telah berjaya menyertai pertandingan Oceania Squash Junior Championships 2016 di Labrador Squash Oceania Gold Coast,  Australia pada 15 Januari 2016 - 18 Januari 2016. Dengan kejayaan adik Waffiq ini membuktikan bahawa kita bukan sahaja mampu bertanding di peringkat kebangsaan sahaja, malah kita juga mampu untuk bertanding di peringkat antarabangsa.



KURSUS KEPIMPINAN PENGAWAS

| |


KURSUS KEPIMPINAN PENGAWAS 2016

          Kursus kepimpinan pengawas 2016 ini telah diadakan pada 21 Januari 2016 di kantin sekolah. Pengawas sekolah adalah para pelajar yang terpilih yang diberikan tanggungjawab untuk membantu pihak sekolah, terutamanya dalam hal meningkatkan pencapaian disiplin para pelajar ke tahap yang lebih baik, mereka dianggap mata dan telinga sekolah. Pengawas juga adalah pelajar, mereka memerlukan keyakinan diri untuk bertugas dengan penuh dedikasi dan berketerampilan. Bagi merealisasikannya mereka memerlukan bimbingan dan panduan.

          Untuk mencapai ke tahap keyakinan diri dan kelicinan tugas mereka memerlukan bantuan pihak guru atau pihak sekolah untuk memberi motivasi dan tunjuk ajar kepada mereka. Para pengawas juga perlu mengetahui dengan jelas bidang tugas mereka serta mengetahui senario seluruh pelajar itu sendiri. percambahan fikiran dan minda adalah salah satu cara yang dapat memantapkan keyakinan terhadap tugas mereka.




PELANCARAN PROGRAM GURU PENYAYANG PERINGKAT SEKOLAH

| |


PELANCARAN PROGRAM GURU PENYAYANG PERINGKAT SEKOLAH

SKK SK PAYA RUMPUT (25 JANUARI 2016): Pelaksanaan Program Guru Penyayang ini adalah bertujuan agar guru mengamal dan membudayakan sikap kasih sayang di sekolah. Penyayang membawa maksud perbuatan atau perlakuan menyayangi, mengasihi, dan bersifatbelas kasihan serta menghormati orang lain. Ini bermakna Guru Penyayang adalah seorang yang memiliki sifat kepedulian (concern) terhadap setiap perkara yang berkaitan muridnya dengan cara mengamalkan nilai kasih sayang, bersikap mesra, mengambil berat, berbudi bahasa, saling menghormati, sentiasa ceria, prihatin dan sabar.

           Guru penyayang menjiwai bahawa murid mereka merupakan aset penting yang perlu diberi perhatian, dijaga, dibimbing, dihargai kewujudannya dan disayangi setiap masa. Membudayakan amalan penyayang merupakan sifat profesional guru dalam perhubungannya dengan murid, ibu bapa, komuniti dan masyarakat.



MAJLIS PELANCARAN PROGRAM NILAM DI PERINGKAT SEKOLAH

| |


MAJLIS PELANCARAN PROGRAM NILAM PERINGKAT SEKOLAH

ISNIN (1 Febuari 2016) : Satu majlis pelancaran program NILAM peringkat sekolah telah diadakan dan dirasmikan oleh guru besar SKK SK Paya Rumput iaitu Tn. Hj. Safie B. Jaafar. Di dalam ucapan perasmian itu tadi, guru besar ada memberi beberapa nasihat yang berguna kepada murid-murid. Majlis ini diceriakan lagi dengan gimik perasmian iaitu maskot "Mr Chip".

NILAM adalah singkatan dari Nadi Ilmu Amalan Membaca iaitu satu program yang menggabungkan semua aktiviti galakan membaca yang diadakan di sekolah dengan memberi pengiktirafan. Pelaksanaan program ini meliputi penilaian pembacaan yang berterusan sepanjang tahun dan markah dikumpul secara akumulatif sehinggalah mereka tamat. Pihak sekolah amat berharap dengan pelaksanaan program-program seperti ini, maka murid-murid akan dapat mengisi masa lapang mereka dengan membaca buku dan menjadikan tabiat membaca sebagai satu amalan murid-murid SKK SK Paya Rumput.


Pautan

Speed Test

Test your Internet connection speed at Speedtest.net

Followers