Waktu


Selamat Menduduki Peperiksaan Pertengahan Tahun Untuk Semua Murid-Murid SKPR

| Monday |


Assalammualaikum dan selamat sejahtera kepada warga SKPR. Hari ini adalah hari bermualanya peperiksaan  pertengahan tahun bagi semua murid-murid SKPR. Di harap murid-murid dapat menjawab soalan dengan tenang dan cermat. Di sini ada beberapa tips untuk menjawab soalan peperiksaan yang ingin saya konsikan,

MEMULAKAN PEPERIKSAAN
  • Dengar arahan pengawas peperiksaan.
  • Pastikan kertas soalan anda itu lengkap.
  • Lihat semua soalan.
  • Tandakan semua soalan yang hendak dijawab (untuk soalan esei).
  • Tuliskan isi-isi soalan yang hendak dijawab supaya tidak lupa.
  • Mulakan soalan esei dengan membuat rangka kasar terlebih dahulu.

MENJAWAB SOALAN
Soalan Objektif
  • Bahagikan masa untuk setiap soalan. Contohnya Bahasa Melayu Kerta 1 (bilangan soalan ialah 60, masa diperuktukan 1 jam 30 minit). Oleh itu masa menjawab 1 soalan ialah 1 minit 30 saat.
  • Baca soalan dengan teliti. Kesankan perkataan BENAR, TIDAK BENAR, MELAINKAN, KECUALI dan sebagainya.
  • Lihat semua pilihan jawapan. Tandakan (x) untuk jawapan yang anda pasti salah. Jawapan yang tinggal adalah jawapannya.
  • Pastikan jawapan ditanda pada petak yang betul.
  • Jawab soalan yang mudah dahulu. Tandakan soalan yang belum dijawab. Setelah siap, kembali semula kepada soalan susah yang ditinggalkan. Jika masih tidak boleh, tandakan jawapan yang anda rasa yakin.
  • Jika ingin mengubah jawapan, padamkan dengan bersih dan tandakan jawapan baru dengan elok. Jangan menanda dua jawapan pada satu soalan.
Soalan Esei
  • Pilih soalan yang paling banyak isi
  • Mulai menjawab dengan tenang
  • Jawab semua soalan yang ditetapkan.
  • Panjang jawapan adalah berdasarkan isi dan masa yang ditetapkan. Jawapan tidak dinilaikan berdasarkan panjang atau pendek esei tersebut tetapi isi dan hujah yang bernas.
  • Jawab soalan mengikut masa yang ditetapkan. Setiap soalan mestilah seimbang.
  • Selalu merujuk kepada soalan ketika menjawab supaya jawapan anda tidak menyimpang dari tajuk.
  • Setelah selesai menjawab, luangkan sedikit masa untuk menyemak. Pastikan nombor soalan yang ditulis adalah betul. Semak ejaan, ayat dan maklumat lain yang tidak jelas.
  • Tulisan mestilah jelas, kemas dan mudah dibaca.
  • Tulisan yang jelas membantu menaikkan 'impression' markah.
Selamat mencuba dan selamat berjaya....


Sambutan Hari Guru Tahun 2011

| Thursday |



Kepada
Semua Pengetua/Guru Besar,SMK/SK/SJK[C]/SJK[T]/SABK

Tuan/Puan,

Dengan segala hormatnya, Jawatankuasa Induk Sambutan Hari Guru 2011 Peringkat Kebangsaan telah memutuskan bahawa Sambutan Hari Guru 2011 akan disambut pada 16 Mei 2011 di Borneo Convention Centre, Kuching Sarawak.

Sambutan Perayaan Hari Guru Peringkat Negeri Melaka akan disambut pada 21 Mei 2011 [Sabtu] di Dewan Platinum, Politeknik Merlimau, Melaka.
Mesyuarat Jawatankuasa Pengelola Peringkat Negeri yang dipengerusikan oleh Pengarah Pelajaran Melaka telah memutuskan Sambutan Perayaan Hari Guru Peringkat Sekolah hendaklah disambut serentak di semua sekolah pada 16 Mei 2011 [Isnin].
Perutusan Menteri Pelajaran dan Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia boleh didapati melalui laman web Kementerian Pelajaran Malaysia [KPM].


Tema Perayaan Hari Guru 2011 adalah " Guru Penjana Tranformasi Pendidikan Negara"

Sekian, terima kasih.
Sumber dari ; http://www.moe.gov.my


Majlis Perasmian Program Cemerlang UPSR ( Anjuran TAPEM )

| Monday |


Isnin, 09.05.2011: Majlis Perasmian Program Cemerlang UPSR ( Anjuran TAPEM ) telah berlansung bermula pukul 8.30 pagi hingga ke pukul 12.30 tengah hari. Majlis ini telah dirasmikan oleh En. Jazlan B. Misran dari CTOT  Link. Turut hadir dalam majlis ini ialah Tn. Hj. Omran b. Hj. Sharif (YDP PIBG ) dan  Sidang Hj. Sabtu b. Othman ( Pengerusi JKKK ). Pada pukul 10.15 pagi, program motivasi kecemerlangan untuk murid-murid darjah 6 telah dijalankan. Program itu bertujuan membentuk individu yang cemerlang dan mempunyai ketahanan minda yang kuat bagi menangani cabaran globalisasi era 2020.


Setinggi-tinggi Tahniah Di ucapkan Kepada Semua Guru-guru Dan Warga Kerja SKPR

| Tuesday |


Pada 22 April 2011 yang lalu, Sekolah Kebangsaan Paya Rumput telah diiktiraf sebagai sebuah Sekolah Kluster. Majlis pengiktirafan itu telah diadakan di Aras 6, Blok E8, Kompleks E, Putrajaya dengan disempurnakan oleh Y.BHG. Dato' Abdul. Ghafar bin Mahmud ( Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia )

Sekolah Kluster bermaksud sekolah bertaraf tinggi antara sekolah-sekolah lain di Malaysia. Sekolah kluster ialah satu jenama yang diberi kepada sekolah yang dikenal pasti cemerlang dalam klusternya daripada aspek pengurusan sekolah dan kemenjadian murid. Pewujudan sekolah kluster bertujuan melonjakkan kecemerlangan sekolah dalam sistem pendidikan Malaysia dan membangun sekolah yang boleh dicontohi oleh sekolah dalam kluster yang sama dan sekolah lain di luar klusternya. 


Pautan

Speed Test

Test your Internet connection speed at Speedtest.net

Followers