Hari Terbuka SKPR Dan Mesyuarat Agung PIBG Yang Ke 37
Mesyuarat Akuatik MSSNM di SKPR
Paya Rumput, 21 Januari 2011; Mesyuarat Akuatik MSSNM telah diadakan pada pukul 3.00 ptg. Seramai lebih kurang 60 orang guru/pengurus pasukan sekolah yang hadir dalam mesyuarat tersebut. Mesyuarat bertujuan menerangkan syarat-syarat berkaitan pertandingan dan penyerahan borang penyertaan. Majlis berakhir kira-kira pukul 5.00 ptg.
Larian Merentas Desa Tahun 3,4,5 dan 6
Majlis Perpisahan GPK HEM
Kursus Kepimpinan Pengawas
Kursus Kepimpinan Pengawas telah dijalan pada hari Sabtu (08.01.11). Pengawas sekolah merupakan sekumpulan pelajar yang dilantik khas oleh pihak sekolah untuk membantu dalam pengurusan disiplin pelajar. Unit Bimbingan dan Kaunseling dengan kerjasama Badan Pengawas Sekolah yang bertanggungjawab mengadakan kursus kepimpinan terhadap pengawas-pengawas sekolah yang dilantik ini. Seramai 219 orang pelajar telah mengikuti kursus ini iaitu terdiri daripada 69 orang pengawas sekolah, 89 orang pengawas pusat sumber dan 61 orang pengawas kebersihan. Kursus ini dikendalikan oleh Nazari Md. Isa dari Nazela Traning.
Kursus ini perlu diadakan untuk memberi pendedahan serta perkongsian pengalaman di samping mendapat kemahiran-kemahiran yang boleh membantu mereka dalam menjalankan tugas sebagai pengawas dengan berkesan dan bertanggung jawab. Pelajar-pelajar yang dilantik sebagai pengawas perlu diberi latihan kepimpinan supaya mereka :mahir menguruskan masa dengan berkesan,mempunyai kemahiran untuk melaksanakan peranan mereka sebagai pengawas dan mengamalkan ciri-ciri kepimpinan yang baik agar pelajar-pelajar lain dapat menerima dan menghormati mereka sebagai pemimpin sekolah.
Selamat Tahun Baru 2011
Assalamualaikum dan selamat sejahtera kepada semua pembaca. Detik..demi detik, hari demi hari,hingga bulan demi bulan telah mengusung banyak cerita, suka dan duka..menjadi warna-warni dalam hidup kita, tapi biarkan semua menjadi kenangan yang terpahat,kini tahun baru telah menyambut kita, masanya kita mengemas kegagalan menjadi kesuksesan, kita buka lembar kisah baru dengan semangat dan keceriaan Selamat tahun baru 2011 dari kami warga SKPR. Harap masih belum terlambat lagi bagi kami mengucapkan ucapan selamat tahun baru. Semoga apa yang dihajati pada tahun 2010 telah dicapai, kita mulakan tahun baru 2011 ini dengan niat yang baru dan azam yang baru. InsyaAllah semoga apa yang diimpikan akan tercapai dengan berbekalkan usaha dan tawakal. Amin.